Tuesday, January 26, 2016

Buah Manjakani Asli

RM 10 untuk 2 pek tidak termasuk postage



Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan.  Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat  bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan.  Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani  anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama  2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina.  Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja.  Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.  


Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda.  Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari.  Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani suam setiap pagi.  

Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas.  Namun begitu rasanya sedikit pahit.  Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas.  Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang.  


Khasiat Buah Manjakani

1.merawat dan merapatkan intim wanita.
2.membersihkan intim wanita
3.menyembuh luka selepas bersalin
4.mengatasi masalah keputihan .

Kayu Herba Ibu Berpantang sepang kederang


RM 15.00 2 pek tidak termasuk postage


Jika ibu - ibu yang tengah mencari set - set bersalin, tapi rasa semuanya macam terlalu mahal dan kadang - kadang ada yang tidak habis di pakai ketika berpantang, apa kata cuba cara traditional turun temurun.
Jika Ibu - Ibu berasa was - was dengan produk set berpantang yang ada di pasaran sekarang dan ingin membeli hanya yang di perlukan sahaja, apa kata Ibu - Ibu Mengandung boleh membeli Kayu Sepang Kederang ini yang semestinya asli dan digunakan sejak dahulu lagi.
Pek Sepang Kederang ini TIDAK di kisar, di proses, di awet atau ditambah bahan kimia, oleh itu kesegaran dan keasliannya adalah tulen.

Khasiat Sepang Kederang dan Buah Manjakani Untuk Ibu Berpantang
Baik untuk Ibu yang bersalin normal mahupun bedah untuk merawat luka dalam dan luaran.
Juga Baik diamalkan oleh ibu yang keguguran untuk merawat luka dalaman.
Tidak pahit dan boleh diamalkan selepas berpantang dan di bawa seperti air masak kemana - mana kerana ia tidak perlu di panaskan ketika hendak minum dan tidak cepat busuk.
Menyusutkan bengkak luka bedah dan cepat kering.
Buah manjakani yang mempercepatkan pengecutan rahim.
Penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memberi tenaga.
Digunakan oleh orang terdahulu untuk disiram ke tempat jahit akibat bersalin untuk mempercepatkan sembuh luka.
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
Membantu tubuh menjadi segar dan bermaya.
Boleh di ambil ketika menyusukan Bayi.




Apa Itu Sepang Kederang dan Buah Manjakani?

Air sepang berwarna merah dan kederang berwarna kuning dan apabila kedua-dua direbus air rebusan berwarna jingga. Ia tidak pahit dan boleh di minum ketika menyusukan bayi.
Ia digunakan dalam masyarakat melayu Pantai Timur terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin terutamanya masyarakat di  pendalaman. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini.

Buah Manjakani pula berfungsi untuk menyembuhkan sistem peranakkan ibu selepas bersalin, ia juga dapat merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.

Cara Mengunakan Pek Sepang Kederang & Buah Manjakani
1. Isi periuk dengan air putih sebanyak 1 1/2 liter dan panaskan di atas api yang sederhana.
2. Masukkan semua isi pek tersebut kedalam air yang baru di panaskan tadi (jangan tunggu mendidih baru masuk)
3. Jangan masuk lebih buah manjakani, ianya bagus, cuma takut terlalu pahit dan susu anda juga akan jadi pahit, oleh itu, masukkan 1 biji sahaja.
4. Boleh Ditambah Halia jika mahu.
5. biarkan kira - kira 1/2 jam untuk mendapatkan warna jingga.
6. Selepas suam2 anda boleh minum pada setiap masa, jika anda minum air ini, anda tidak perlu minum air putih, jadikan ia amalan untuk di minum setiap kali anda haus.
7. Selepas habis air, anda boleh gunakan semula kayu tadi dengan manjani yang sama atau anda bolehlah guna yang baru.
8. 1 pek tahan kira - kira seminggu
9. Tidak perlu panaskan setiap kali hendak minum, kerana ia tidak basi atau busuk untuk tempoh seminggu.
10. Air Rebusan juga boleh digunakan untuk menyiram tempat sulit yg luka selepas bersalin untuk mempercepatkan sembuh luka.